18 kawasan di Sabak Bernam alami gangguan bekalan air

Sebanyak 18 kawasan di daerah ini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan berlakunya paip pecah berhampiran sebuah restoran di Jalan Sungai Panjang Kampung Belia 2, Sungai Besar pada Khamis. - Gambar hiasan

A
A
A

SABAK BERNAM - Sebanyak 18 kawasan di daerah ini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan berlakunya paip pecah berhampiran sebuah restoran di Jalan Sungai Panjang Kampung Belia 2, Sungai Besar pada Khamis.

Menurut aplikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), bekalan air terpaksa ditutup pada jam 10.17 malam Khamis untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan.

Kenyataan itu memaklumkan, kerja pembaikan dijangka siap pada jam 10 pagi Jumaat.

Aplikasi Air Selangor memaklumkan gangguan bekalan air di 18 kawasan di Sabak Bernam pada Khamis.
Aplikasi Air Selangor memaklumkan gangguan bekalan air di 18 kawasan di Sabak Bernam pada Khamis.

"Kawasan terjejas ialah seluruh Sabak Bernam, Sungai Besar, Sungai Haji Dorani, Simpang Lima, Sungai Nibong, Pasir Panjang, Panchang Bedena dan Tebuk Pulai.

"Turut terjejas, Bagan Terap, Sepintas, Sekendi, Sungai Pulai, Banting dan Tebuk Jawa, Bagan Nakhoda Omar (BNO), Sungai Air Tawar, Parit Baru dan Sungai Lang," menurut kenyataan itu.

Menurut aplikasi itu, kerja pembaikan sedang berlangsung dan segala usaha diambil bagi mempercepatkan serta meminimumkan impak gangguan kepada pengguna terjejas.

"Status terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Untuk bantuan kecemasan, sila hubungi kami di talian 15300," ujar kenyataan itu.