Mayat lelaki ditemui terapung dalam kolam

Bomba menemui mayat terapung
Bomba menemui mayat terapung
A
A
A

PORT DICKSON - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di dalam sebuah kolam di hadapan sebuah hotel di Waterfront di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mayat lelaki warga tempatan berusia 33 tahun itu ditemui oleh orang awam kira-kira jam 11.09 pagi.

"Mayat ditemui berpakaian lengkap, berbaju T warna gelap dan seluar track warna hitam.

"Polis percaya mayat ditemui adalah warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG pada lengan kiri kanannya," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui kesan cedera dan tiada dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata, turut ditemui satu alat kawalan jauh kereta jenis Honda dalam poket kiri seluar mangsa.

"Polis telah jalankan siasatan lanjut pada sebuah kenderaan didaftarkan atas nama lelaki berusia 33 tahun yang beralamat di Taman Muhibbah, di sini.

"Ahli keluarga telah dimaklumkan dan telah diminta buat pengecaman mayat selepas hasil bedah siasat dibuat," katanya.

Artikel Berkaitan: