X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS

A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila mata wang Amerika Syarikat itu kembali mengukuh di tengah-tengah perdebatan mengenai sama ada pakej rangsangan baharu China mampu merancakkan semula ekonomi negara tersebut, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3950/3990 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3930/3960 pada Rabu.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, yuan yang lemah membawa kepada peningkatan mendadak dolar AS dalam masa kurang daripada 36 jam.

"Yuan mempunyai tarikan magnetik kepada semua pasangan pertukaran asing Asia dan lebih-lebih lagi ringgit, kerana Malaysia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan China,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga ActiveTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, peningkatan dolar AS itu adalah selaras dengan pengeluaran Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHP) bagi April yang sejajar dengan jangkaan pada 2.3 peratus.

"Dari segi teknikal, dolar AS/ringgit berada pada paras ketahanan penting di carta harian,” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1987/2018 daripada paras penutup 3.1947/1971 pada Rabu, susut berbanding pound Britain kepada 5.5377/5427 daripada 5.4908/4946 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.4677/4712 daripada 3.4563/4590.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.7079/7122 daripada 4.6895/6927. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!