X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Guna Proton Wira curi kelapa sawit

Kereta wira yang digunakan untuk mencuri buah kelapa sawit dalam kejadian itu.
A
A

JEMPOL - Tindakan dua lelaki mencuri buah kelapa sawit di Felda Raja Alias 5 di sini membawa padah apabila dicekup polis Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hoo Chang Hook berkata, kedua-dua suspek berusia 38 tahun itu ditahan bersama sebuah kereta Proton Wira berisi 19 tandan buah kelapa sawit.

"Pemeriksaan di lokasi juga mendapati beberapa batang pokok ada kesan buah sawit baharu dipetik.

"Kedua-dua suspek mengaku terlibat mencuri buah sawit berkenaan bersama seorang lagi yang masih bebas," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Khamis.

Menurutnya, suspek difahamkan mengambil dan menggangkut buah sawit di tempat kejadian dengan menggunakan kereta bapa suspek yang masih bebas.

Chang Hook berkata, ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Hasil semakan juga mendapati salah seorang suspek mempunyai empat rekod lampau penyalahgunaan dadah termasuk satu dikehendaki oleh polis.

"Kedua-dua suspek telah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Chang Hook berkata, polis mengesan seorang lelaki bernama Zulkefli [email protected] bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Razif Karim di talian 06-4582222," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!