X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Tiga sukarelawan polis marin cedera insiden di Tak Bai

Tiga sukarelawan polis marin cedera dalam insiden di Tak Bai, pada Rabu malam.
A
A

NARATHIWAT - Tiga anggota sukarelawan polis marin cedera dalam insiden letupan bom dan berbalas tembakan di Pekan Tak Bai yang terletak berhampiran sempadan Thailand-Malaysia pada Rabu malam.

Ketua Polis Narathiwat Mejar Jeneral Pol Waesame Salae berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) di pos kawalan marin yang terletak berdekatan dengan Pengkalan Kubor, di Tumpat, Kelantan di sebelah Malaysia.

Sekumpulan 10 lelaki yang dipercayai anggota militan melepaskan tembakan bertubi-tubi dan melontar bom paip ke dari arah daratan dan sungai dalam kejadian yang berlanjutan kira-kira 30 minit.

Penduduk Pengkalan Kubor dikatakan turut mendengar dengan jelas bunyi letupan bom dan tembakan itu.

"Tiga anggota polis marin yang sedang bertugas cedera akibat terkena serpihan bom.

"Beberapa buah kenderaan musnah akibatan letupan. Selain itu, bangunan terletak berdekatan (pos kawalan) turut mengalami kerosakan,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan di tempat kejadian.

Selain itu, beliau berkata satu letupan bom turut dilaporkan berdekatan sebuah kedai serbaneka.

"Bom buatan sendiri seberat 20 kilogram itu diletupkan pihak tidak bertanggungjawab. Namun tiada kecederaan dilaporkan. Namun beberapa tiang elektrik yang terletak berdekatan dilaporkan mengalami kerosakan.

Setakat ini belum ada tangkapan dibuat, dan tiada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung letupan dan berbalas tembakan itu. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!