X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

IMF desak Pakistan hapuskan subsidi tenaga sebelum beri pinjaman

IMF
A
A

NEW DELHI - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mendesak Pakistan menghapuskan subsidi tenaga sebelum memberikannya pinjaman di bawah pakej 2019.

Ketua misi IMF untuk Pakistan, Nathan Porter, telah mengadakan rundingan dengan wakil Pakistan berhubung perkara itu, di Qatar dari 18 hingga 25 Mei.

"Misi itu telah mengadakan perbincangan yang sangat konstruktif dengan pihak berkuasa Pakistan mengenai pengaturan Kemudahan Dana Lanjutan IMF,” kata Porter dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada 2019, IMF dan Pakistan bersetuju dengan program pinjaman US$6 bilion tetapi dibekukan berikutan wujud perbezaan dengan kerajaan terdahulu.

IMF memuji keputusan Bank Negara Pakistan (SBP) menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak 1.5 peratus kepada 13.75 peratus pada 23 Mei.

Mengenai aspek fiskal, pegawai IMF itu berkata perlunya tindakan konkrit mengenai dasar dilakukan secepat mungkin termasuk dalam konteks menghapuskan subsidi bahan api dan tenaga.

Sebelum berlepas ke Doha pada Isnin, Menteri Kewangan Miftah Ismail berkata beliau akan memberitahu IMF bahawa subsidi bahan api dan tenaga tidak boleh dihapuskan serta-merta.

Kerajaan Pakistan sebelum ini yang diterajui parti Tehreek-e-Insaf (PTI) pada Februari lalu telah memutuskan tidak menaikkan harga bahan api dan elektrik selama empat bulan sehingga bajet seterusnya diumumkan pada Jun bagi memberi kelegaan kepada rakyat di tengah-tengah peningkatan inflasi. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!