X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Letak beg pasir atasi limpahan air sungai

Langkah interim mengatasi banjir kilat di Jalan Rahmat.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 600 beg pasir telah diletakkan di Jalan Rahmat di sini bagi mengurangkan kesan banjir kilat di lokasi itu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kemas kini di Facebook berkata, itu langkah interim diambil DBKL di lokasi 'hotspot' banjir kilat tersebut.

Menurut kenyataan itu, Jalan Rahmat ditakungi air susulan kedudukan kawasan berkenaan yang berada lebih rendah dari paras sungai.

"Jalan Rahmat terletak bersebelahan sungai, sebanyak 600 beg pasir telah diletakkan di kawasan berkenaan sehingga kini. Jumlah tersebut akan ditambah lagi mengikut kesesuaian.

"Ini merupakan penyelesaian jangka pendek sementara menunggu pelaksanaan penyelesaian jangka panjang yang akan bermula tidak lama lagi," menurut kemas kini di Facebook pada Rabu.

Hujan lebat lebih satu jam di Kuala Lumpur pada Rabu menyebabkan beberapa lokasi di ibu kota ditakungi air antaranya di Jalan Rahmat.

Kata kenyataan itu, pemasangan beg pasir telah disiapkan pada malam Rabu.

"Semoga banjir kilat di kawasan ini dapat dielakkan atau setidaknya tidak sampai ke tahap yang serius," kata kenyataan itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah pada 9 Mei lalu memberitahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenalpasti 25 'hotspot' banjir kilat di kawasan seliaannya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!