Jangan mudah terpedaya: Sultan Johor

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menasihatkan masyarakat supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kewujudan 'orang tengah' mahupun 'ejen' yang memberi jaminan mengenai urusan pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Baginda Tuanku bertitah, pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan tegas kerana Sultan Johor sedih melihat ramai yang menjadi mangsa penipuan 'orang tengah' atau 'ejen'.

"Saya amat berharap masyarakat akan lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya kerana sebelum ini pihak berkuasa juga berkali-kali mengingatkan bahawa permohonan RMMJ dilakukan menerusi aplikasi dalam talian dan tidak wujud lantikan pihak ketiga.

"Pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan kerana saya tidak mahu lebih ramai khususnya mereka yang berpendapatan rendah menjadi mangsa 'orang tengah' atau 'ejen' ini yang menjanjikan RMMJ kepada mereka," titah Sultan Johor kepada Royal Press Office seperti dipetik dari laman Facebook rasminya di sini hari ini.

Mengambil contoh projek Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ), baginda Tuanku bertitah, segala proses permohonan dilakukan secara teliti dan telus oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor tanpa melibatkan pihak ketiga.

Artikel Berkaitan: