Tempoh perkhidmatan guru interim dilanjutkan

Tempoh perkhidmatan guru interim lantikan tahun 2019 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi. - Gambar hiasan
Tempoh perkhidmatan guru interim lantikan tahun 2019 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Tempoh perkhidmatan guru interim lantikan tahun 2019 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, KPM berkata, pelanjutan tempoh tersebut adalah bagi membolehkan urusan temu duga dan lantikan tetap bagi guru yang telah memenuhi syarat diselesaikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Sementara itu, bagi guru interim lantikan sebelum tahun 2019, mereka juga hendaklah memastikan syarat lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dipenuhi bagi membolehkan perakuan dibuat oleh KPM sebelum dikemukakan kepada SPP untuk urusan temuduga dan lantikan tetap.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” menurut kenyataan itu.