Belum hasrat perluas perniagaan Kumpulan Sawit Kinabalu ke Kalimantan

Hajiji hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Sawit Kinabalu, di Kota Kinabalu, pada Rabu.
Hajiji hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Sawit Kinabalu, di Kota Kinabalu, pada Rabu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah belum berhasrat memperluaskan perniagaan Kumpulan Sawit Kinabalu ke Kalimantan, Indonesia walaupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu berjaya mencatat keuntungan tinggi pada tahun lalu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri ketika ini mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap Sabah terlebih dahulu.

"Setakat ini, belum buat keputusan kerana kita mahu tumpu perhatian dalam negeri sendiri. Saya amat berbangga sekali kerana Sawit Kinabalu menunjukkan kemajuan begitu baik.

"Tahun lepas mencatatkan keuntungan lebih daripada RM300 juta. Pada tahun ini Insya-ALLAH unjuran yang dimaklumkan kepada saya mungkin lebih daripada itu," katanya ketika hadir di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Sawit Kinabalu, pada Rabu.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis dihadirinya, Hajiji berharap sambutan itu dapat diteruskan bagi merapatkan hubungan silaturahim kakitangan Kumpulan Sawit Kinabalu.

"Majlis Rumah Terbuka ini adalah satu amalan cukup baik untuk merapatkan hubungan silaturahim bukan saja antara kakitangan tetapi orang ramai yang hadir.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Bacho Jansie.