Balas jasa guru dengan belanja McDonald's

A
A
A

No Image Caption

McDonald’s Malaysia mengagihkan baucar hidangan percuma kepada guru di seluruh negara sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka mendidik anak bangsa serta masyarakat umumnya.

Sempena sambutan Hari Guru, baucar tersebut diedarkan kepada 500,000 guru yang bertugas di sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan.

Baucar hidangan percuma ini boleh ditebus di mana-mana restoran McDonald’s berdekatan bermula 16 Mei hingga 30 Jun 2022.

Melalui baucar hidangan percuma itu, guru-guru boleh menikmati hidangan Spicy Sesame McChicken atau Sausage McMuffin with Egg di mana-mana restoran McDonald’s di seluruh negara.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, pengagihan baucar percuma ini merupakan satu lagi usaha McDonald’s Malaysia menghargai guru.

Guru-guru boleh menebus baucar-baucar hidangan percuma yang diterima, sama ada Spicy Sesame McChicken atau Sausage McMuffin with Egg di mana-mana restoran McDonald’s di seluruh negara.
Guru-guru boleh menebus baucar-baucar hidangan percuma yang diterima, sama ada Spicy Sesame McChicken atau Sausage McMuffin with Egg di mana-mana restoran McDonald’s di seluruh negara.

Menurutnya, guru memainkan peranan penting memotivasikan murid dalam memenuhi potensi diri mereka dan membentuk generasi pemimpin masa depan negara.

Justeru, selain daripada tanda penghargaan kepada barisan pendidik negara, pemberian baucar ini adalah sebahagian daripada komitmen McDonald’s Malaysia untuk menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya.

“McDonald’s Malaysia berbesar hati membelanja guru dengan hidangan McDonald’s sempena Hari Guru.

“Kami berharap dapat memainkan peranan memotivasikan golongan pendidik untuk terus membimbing dan mendidik generasi muda di negara kita untuk memenuhi potensi diri mereka,” katanya.

ANUGERAH GURU INSPIRASI MCDONALD’S

Guru-guru boleh menebus baucar-baucar hidangan percuma yang diterima, sama ada Spicy Sesame McChicken atau Sausage McMuffin with Egg di mana-mana restoran McDonald’s di seluruh negara.
Guru-guru boleh menebus baucar-baucar hidangan percuma yang diterima, sama ada Spicy Sesame McChicken atau Sausage McMuffin with Egg di mana-mana restoran McDonald’s di seluruh negara.

Pada 14 Mei lalu, McDonald’s Malaysia telah menyampaikan wang tunai RM5,000 dan trofi kepada 25 pemenang Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s 2022.

AGI McDonald’s merupakan anugerah tahunan yang mengajak rakyat Malaysia mencalonkan ‘Cikgu Luar Biasa’ yang menjalankan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki untuk mendidik murid secara menyeluruh.

Tahun ini, McDonald’s Malaysia telah menerima lebih daripada 5,600 pencalonan awam untuk AGI 2022, yang kini memasuki tahun keenam penganjurannya.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, AGI McDonald’s telah menganugerahkan 131 guru yang berusaha melakukan yang terbaik untuk mendidik dan membimbing sumber paling berharga negara iaitu anak-anak.

McDonald’s juga kini sedang menganjurkan parti Hari Guru di semua restorannya di seluruh negara dan berlanjutan sehingga 30 Jun 2022.

Guru dari sekolah-sekolah berdekatan restoran McDonald’s diraikan dengan hidangan enak McDonald’s dan aktiviti permainan menarik.

Diperkenalkan pada tahun 2015, sambutan Hari Guru di restoran McDonald’s adalah sebahagian daripada usaha jenama ini untuk memberi kenangan terindah atau ‘feel-good moments’ kepada semua guru di Malaysia.