X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Covid-19 sedia peluang kepada Malaysia selaras semula ekonomi

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
A
A

KUALA LUMPUR - Pandemik Covid-19 menyediakan peluang kepada Malaysia untuk melaras semula ekonomi dan negara perlu memanfaatkannya dengan menangani isu ekonomi jangka pendek, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Khamis.

Bercakap pada sesi panel di Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) dii Davos, Switzerland, Tengku Zafrul berkata, sejak 2020, Malaysia telah memperkenalkan pakej-pakej rangsangan di samping menangani isu-isu jangka panjang di bawah tiga prinsip iaitu responsif, tanggungjawab dan pembaharuan.

"Dalam tempoh jangka panjang, semuanya adalah tentang pembaharuan. Satu daripada perkara yang kami lakukan adalah semasa kami mengumumkan pakej rangsangan untuk menangani (isu) jangka pendek dan pada masa yang sama, kita perlu lihat sama ada ada ia mempunyai kesan (positif) dalam tempoh jangka panjang,” katanya pada sesi panel WEF yang bertajuk ‘Taking the Long View.’

Memetik ekonomi gig sebagai contoh, Tengku Zafrul berkata, industri itu menerima kesan semasa tempoh sekatan pergerakan ekonomi dan kerajaan telah meluaskan capaian perlindungan sosialnya kepada pekerja- pekerja gig termasuk memberi manfaat tunai.

"Di Malaysia dan Asia Tenggara, ekonomi gig adalah sangat besar dan ia berkembang setiap hari, tetapi mereka tidak mempunyai perlindungan sosial kerana mereka tidak mencarum kepada dana pencen dan keselamatan sosial,” katanya.

Beliau juga berkata banyak isu yang mempunyai impak merentasi jangka masa lebih panjang seperti pekerjaan dan taraf hidup, memerlukan usaha daripada kerajaan untuk mengimbangi kepentingan rakyat hari ini terhadap mereka yang akan hidup pada masa depan.

"Ahli politik dan kebanyakannya penggubal dasar di banyak negara di seluruh dunia sering dituduh terlalu menumpukan kepada isu jangka pendek sehingga mengorbankan isu jangka panjang kerana mereka cenderung untuk berada di bawah tekanan untuk bertindak pantas dan menyediakan manfaat ketara dalam tempoh jawatan yang akan dipilih semula,” katanya. -Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!