X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Terbuka Perancis: Raducanu disingkir pemain bukan pilihan

Emma Raducanu. Foto: The Guardian
A
A

JUARA Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Perancis selepas dijinakkan pemain Belarus, Aliaksandra Sasnovich 3-6, 6-1, 6-1 di gelanggang Suzanne Lenglen, Paris.

Pemain ke-12 dunia dari Britain itu yang pada pusingan pertama juga bergelut sebelum dapat menewaskan pemain kelayakan dari Republik Czech, Linda Noskova ternyata terpaksa akur kepada Sasnovich yang berstatus pemain nombor 47 dunia.

Sasnovich yang berusia 28 tahun sebelum ini tidak pernah melepasi pusingan kedua kejuaraan di Paris itu ternyata berjaya memanfaatkan aksi tidak konsisten lawannya sekali gus meranapkan penampilan pertama pemain berusia 19 tahun itu di Paris.

Mengulas mengenai kekalahannya, Raducanu mengingatkan karier seniornya baharu berusia 12 bulan berkata, “Saya masih gembira untuk fokus kepada perkara positif daripada mengeluh disingkirkan lawan bukan pilihan.”


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!