X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Sindiket judi dalam talian diserbu, 12 individu ditahan

Antara suspek yang diberkas dalam serbuan berasingan beberapa buah kediaman dipercayai dijadikan pusat operasi judi dalam talian di Jalan Rock di sini pada Isnin lalu.Gambar kecil: ACP Ashmon Bajah
A
A

KUCHING - Seramai 12 individu termasuk warga Indonesia antara ditahan dalam serbuan berasingan beberapa buah kediaman dipercayai dijadikan pusat operasi judi dalam talian di Jalan Rock di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komissioner Ashmon Bajah berkata, serbuan kira-kira jam 7 petang itu berjaya menahan lima lelaki dan empat wanita berumur antara 13 tahun hingga 25 tahun.

"Selain itu, serbuan turut merampas pelbagai peralatan antaranya satu unit komputer, tiga komputer riba, modem dan pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, siasatan awal mendapati sindiket ini dipercayai menjalankan kegiatan sejak Disember tahun lalu.

"Jumlah keuntungan kasar yang diperoleh dalam sehari sebanyak RM2,000 manakala purata pendapatan dalam tempoh enam bulan terakhir adalah sebanyak RM360,000.

"Siasatan dijalankan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 159/63," katanya.

Dalam pada itu, Ashmon berkata, dalam satu lagi serbuan berjaya menahan tiga individu disyaki menjalankan kegiatan perjudian dalam talian.

"Mereka yang ditahan membabitkan dua lelaki warga Indonesia berumur 25 tahun dan seorang wanita tempatan berumur 18 tahun.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!