X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Bas persiaran terbakar, enam terselamat

Pasukan bomba dan penyelamat melakukan kerja pemadaman api di lokasi kejadian kebakaran melibatkan sebuah bas persiaran di KM279.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pada petang Rabu. - Foto JPBM
A
A

NILAI - Pemandu dan lima penumpang terselamat selepas bas persiaran terbakar di Kilometer 279.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, bas persiaran itu dalam perjalanan ke Bandar Tasik Selatan dari Seremban dipercayai mengalami kerosakan enjin.

"Kesemua lima orang penumpang serta seorang pemandu selamat dan tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa.

"Akibat daripada kejadian, berlaku kesesakan sejauh sembilan kilometer.

"Kebakaran berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, bas berkenaan terbakar 90 peratus dalam kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Fazley turut menasihatkan orang awam agar memandu dalam keadaan selamat dan patuh kepada kelajuan ditetapkan terutama ketika musim perayaan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!