X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Empat prinsip jadi teras pembangunan MyGovernance

A
A

SHAH ALAM - Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance) bakal dibangunkan dengan empat prinsip tadbir urus baik iaitu ketelusan, akauntabiliti, kecekapan dan keberkesanan.

Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) memaklumkan, pelan komprehensif itu memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan tadbir urus baik merentasi seluruh aspek pentadbiran kerajaan melalui dasar dan panduan yang jelas.

“MyGovernance bakal menjadi sebuah pelan dasar dan tindakan bersepadu di peringkat nasional sejajar dengan strategi utama Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) ke arah memperkukuh penyampaian perkhidmatan sektor awam melalui peningkatan ekosistem tadbir urus baik.

“Amalan tadbir urus terbaik melalui MyGovernance dapat membantu agensi kerajaan dalam mengatasi isu kelemahan tadbir urus, integriti, ketirisan, ketidakcekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam, ketelusan dan karenah birokrasi dalam pentadbiran kerajaan dengan mengambil kira cabaran sedia ada serta masa hadapan.

“Antara inisiatif yang bakal diperkenalkan kelak adalah untuk memastikan penggunaan sumber secara cekap dan berkesan serta memantapkan integriti, nilai dan etika organisasi untuk menghasilkan budaya kerja yang cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum itu, pada 19 Mei lalu, kerajaan telah bersetuju untuk membangunkan MyGovernance yang akan menginstitusikan prinsip dan amalan tadbir urus di semua agensi kerajaan termasuk badan berkanun kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mempertingkat dan memperkukuh keupayaan penyampaian perkhidmatan awam ke arah mencapai visi nasional.

Mengulas lanjut GIACC berkata, komitmen kerajaan dalam membangunkan MyGovernance dan melaksanakan inisiatif di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 dijangka berupaya mengembalikan keyakinan orang awam serta masyarakat antarabangsa terhadap institusi kerajaan sekali gus meletakkan Malaysia kekal berdaya saing di persada antarabangsa.

“Pembangunan MyGovernance ini akan menjadi pelengkap kepada NACP dan akan memastikan kesinambungan komitmen kerajaan berhubung governans, integriti dan anti rasuah melalui inisiatif-inisiatif baharu yang bakal disediakan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!