X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Kerajaan Negeri Sembilan kerjasama dengan swasta dalamkan sungai

Aminuddin
A
A

KUALA PILAH- Kerajaan Negeri Sembilan akan bekerjasama dengan pihak swasta bagi menyegerakan pelaksanaan kerja-kerja membersih dan mendalamkan sungai bagi mengatasi masalah banjir kilat di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat pada minggu hadapan di peringkat jawatankuasa khas.

"Ada 10 kawasan telah dikenal pasti di sekitar negeri ini untuk dilaksanakan pengambilan pasir di sungai-sungai supaya tidak berlaku banjir ataupun maksudnya mendalamkan sungai.

"Kita nak supaya ia dapat dilaksanakan dengan kadar segera sekali gus selesaikan masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan-kawasan berkenaan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Pasca Mesyuarat Mingguan Exco Pejabat Pentadbiran Daerah Kuala Pilah pada Rabu.

Media pada Selasa melaporkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat dan ribut sejak petang.

Hampir 300 rumah penduduk di daerah ini setakat ini dikenal pasti terjejas dalam banjir pada Selasa melibat beberapa lokasi termasuk Kampung Ismail, Kampung Semarak, Kampung Pasir dan Kampung Dato Mansor.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, antara kawasan yang kerap banjir adalah Kampung Ismail, Ampangan, Seremban dan Linggi, Port Dickson selain kawasan berhampiran sungai utama.

Dalam perkembangan berlainan, Aminuddin memberi peringatan kepada ibu bapa dan pihak sekolah supaya menangani isu buli dengan sebaiknya kerana negara ini mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi.

"Saya berharap apa juga tindakan yang dikenakan perlu ambil kira semua aspek supaya tidak keruhkan lagi situasi berkenaan," katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan empat pelajar lelaki di sebuah sekolah di Seremban mengaku salah di Mahkamah Majistret, Seremban atas pertuduhan menyebabkan cedera ke atas seorang pelajar Tingkatan Satu sekolah sama pada 13 Mei lepas.

Kesemua tertuduh berusia 15 hingga 16 tahun membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan dihadapan Majistret Norzaliza Tesmin.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 22 Jun ini untuk pendengaran laporan akhlak, bagi kesemua tertuduh sebelum hukuman dijatuhkan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!