X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Penjawat awam tular cederakan isteri ditahan

A
A

KUCHING - Seorang penjawat awam yang tular menerusi sebuah video yang didakwa terlibat dalam kes yang mendatangkan kecederaan serta merosakkan telefon bimbit milik isterinya ditahan pada 17 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata, siasatan berkaitan individu berkenaan telah dijalankan pihak polis.

"Dua laporan polis telah diterima berkaitan kejadian itu pada 17 Disember 2021 berhubung khianat dengan merosakkan telefon bimbit dan 10 Januari 2022 berhubung mendatangkan kecederaan.

"Siasatan awal dijalankan mendapati kejadian berlaku pada hari yang berbeza," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan telah ditahan pada 17 April lalu untuk siasatan lanjut.

"Dua kertas siasatan telah dibuka iaitu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) dan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Kertas siasatan akan dimajukan ke Pejabat Peguam Negara bagi memohon arahan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menyebarkan kenyataan palsu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Pada Selasa, tular video berkaitan seorang lelaki yang didakwa telah mencederakan dan merosakkan telefon bimbit milik isterinya menerusi Twitter.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!