Sila log masuk terlebih dahulu.

MAIS bincang kedudukan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah

Tetamu yang hadir pada persidangan meja bulat berkaitan keperluan undang-undang bagi menjelaskan kedudukan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai agama Islam diamalkan di negeri ini di De Palma Hotel di sini pada Rabu.
Tetamu yang hadir pada persidangan meja bulat berkaitan keperluan undang-undang bagi menjelaskan kedudukan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai agama Islam diamalkan di negeri ini di De Palma Hotel di sini pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan perbincangan meja bulat berkaitan keperluan undang-undang bagi menjelaskan kedudukan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai agama Islam diamalkan di negeri ini.

Setiausahanya, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, objektif utama perbincangan itu bertujuan mendapatkan input dan pandangan daripada semua pakar terutama berkaitan agama Islam.

Menurutnya, perbincangan itu melibatkan keperluan mengadakan peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri yang menjelaskan kedudukan fahaman dan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah di Selangor.

"Cadangan dan saranan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan disambut baik untuk menambah baik perundangan sedia ada," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ahmad Shahir berkata, perbincangan meja bulat itu diharap mencapai resolusi yang boleh menjawab isu berbangkit dan menjadi panduan kepada MAIS untuk menentukan hala tuju pindaan undang-undang bagi menjelaskan kedudukan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Perbincangan meja bulat selama sehari itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang MAIS, Datuk Salim [email protected] di De Palma Hotel di sini pada Rabu.

Perbincangan yang turut dihadiri Ahmad Shahir itu membariskan pembentang antaranya Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz; Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Zainor Rashid Hassin dan Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Dr Muhammad Ayman Al Akiti.

Turut hadir, Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir; Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Mohammad Adib Husain dan barisan pengurusan tertinggi MAIS.

Artikel Berkaitan:

Peserta perbincangan itu terdiri daripada wakil agensi perundangan antaranya Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia.