X

Kindly register in order to view this article
!

Operasi mencari Ashraf diteruskan

Azmi (kanan) bersama Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM negeri, Yunus Abu ketika meninjau pos kawalan operasi di Kampung Sungai Itek, hari ini.
A
A

GOPENG - Operasi pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, peserta Gopeng Ultra Trail yang dilaporkan hilang ketika menyertai larian itu, Sabtu lalu tetap akan diteruskan walaupun petunjuk diperolehi sebelum ini memberikan hasil negatif.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, koloborasi bersama jabatan dan agensi terlibat termasuk mereka yang pakar dalam mengesan dan mencari orang hilang dilakukan sehingga mangsa berjaya ditemui.

"Petunjuk yang kita perolehi sebelum ini termasuk penemuan botol air dipercayai milik mangsa tidak menunjukkan hasil positif, meskipun begitu gerakan tetap diteruskan.

Operasi pencarian diperluas hingga kawasan Gua Kandu.
Operasi pencarian diperluas hingga kawasan Gua Kandu.

"Sekarang dasarnya operasi ini akan tetap diteruskan sehinggalah terdapat arahan tertentu atau faktor-faktor lain," katanya ketika ditemui di pos kawalan operasi di Kampung Sungai Itek, hari ini.

Pihaknya percaya mangsa masih berada di lingkungan persekitaran kawasan pencarian iaitu pada kedudukan 8km.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah tiga hari, Ashraf belum ditemui

"Kita yakin mangsa akan ditemui, cuma ambil masa untuk dapatkan bukti dan petunjuk baru mengenai pergerakannya," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, operasi pencarian yang bermula pada radius 8km akan diperluaskan hingga 12km.

Katanya, tumpuan juga tidak lagi berfokus pada kawasan puncak Bukit Batu Putih tetapi di sepanjang laluan terakhir iaitu di check point 10 melibatkan kawasan perkampungan penduduk dan Orang Asli.

"Maklumat akhir kita terima dia sedang bergerak ke check point terakhir, jadi ini akan jadi tumpuan operasi hari ini dan seterusnya.

"Laluan ini merangkumi kawasan cerun bukit, hutan kecil dan perumahan penduduk kampung yang dihubungkan jalan bertar," katanya.

Sabtu lalu, Juruteknologi makmal perubatan yang bertugas di Pejabat Kesihatan Muar itu disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas bagi kategori 25km.

Operasi mencari kemudiannya digerakkan pada Ahad bermula di check point 6 iaitu lokasi terakhir mangsa dilihat.

Sepanjang tempoh pencarian ini, pasukan penyelamat memperolehi beberapa maklumat yang dijadikan petunjuk antaranya gambar, panggilan terakhir, botol air yang disyaki milik mangsa serta lokasi penemuan hasil anjing pengesan dari Unit K9 JBPM Kuala Lumpur.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!