X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Negeri Sembilan catat 2,876 kes HFMD

Peningkatan kes HFMD yang ketara pada tahun ini berbanding tahun lepas berikutan pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat awam.
A
A

SEREMBAN - Negeri Sembilan merekodkan 2,876 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sejak Januari hingga semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan.

Beliau berkata, kumulatif kes pada minggu epidemiologi 20/2022 yang berakhir pada 21 Mei lepas adalah 989 kes iaitu peningkatan tiga kali ganda berbanding minggu sebelumnya.

"Seremban mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,643 kes, diikuti Port Dickson (353), Jempol (298), Rembau (265), Tampin (131), Kuala Pilah (116) dan Jelebu (70).

"Kumulatif wabak HFMD di Negeri Sembilan pada tahun ini adalah 46 wabak dengan 16 wabak masih aktif iaitu sembilan di Jempol, tiga di Seremban, dua di Port Dickson manakala masing-masing satu di Rembau dan Jelebu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, daripada 46 wabak itu, 32 wabak atau 69.9 peratus melibatkan tadika atau taska dan perintah penutupan diberikan dengan 11 tadika atau taska masih ditutup.

Veerapan berkata, peningkatan kes yang ketara di negeri ini pada tahun ini berbanding tahun lepas berikutan pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat awam.

Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar anak ke sekolah atau pusat jagaan jika mengalami gejala HFMD seperti demam, ulser di mulut, lepuh di tangan atau kaki. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!