X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Suppiah

Seri Paduka menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada sukan olahraga negara. - Sumber Facebook Istana Negara
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas jurulatih olahraga atlet Olimpik Malaysia, Suppiah Ramalingam yang meninggal dunia pada Ahad lepas.

Istana Negara menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi pada Rabu menyatakan Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih atas pemergian Suppiah serta berharap keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

"Seri Paduka berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negara dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada sukan olahraga negara," menurut hantaran itu.

Berasal dari Perak, Suppiah semasa hayatnya pernah membimbing tiga atlet olahraga negara sehingga berjaya beraksi di Sukan Olimpik antaranya ratu balapan negara, M Rajamani pada Sukan Olimpik Tokyo 1964.

Selain bidang kejurulatihan, Suppiah merupakan seorang atlet olahraga yang banyak memenangi pertandingan di Perak semasa zaman kegemilangannya.

Media melaporkan Suppiah, 94, meninggal dunia di Ipoh, Perak akibat strok. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!