Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Timur

Orang ramai menonton televisyen yang menyiarkan laporan berita mengenai pelancaran tiga peluru berpandu Korea Utara di Seoul, Korea Selatan. - Foto Reuters
Orang ramai menonton televisyen yang menyiarkan laporan berita mengenai pelancaran tiga peluru berpandu Korea Utara di Seoul, Korea Selatan. - Foto Reuters
A
A
A

SEOUL - Korea Utara pada Rabu melancarkan tiga peluru berpandu balistik ke arah Laut Timur, menurut tentera Korea Selatan.

Menurut Ketua Turus Bersama (JCS), pihaknya mengesan peluru berpandu itu dilancarkan dari kawasan Sunan di Pyongyang pada 6 pagi, 6.37 pagi dan 6.42 pagi dan ia merupakan pelancaran kali ke-17 Korea Utara tahun ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

"Sambil memperkukuh aktiviti pemantauan dan kewaspadaan, tentera kami dengan kerjasama erat Amerika Syarikat, mengekalkan langkah siap siaga sepenuhnya," menurut JCS.

Pelancaran itu menyusuli spekulasi Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) atau ujian nuklear untuk meningkatkan kehadiran tenteranya, di tengah-tengah wabak Covid-19 dan masalah ekonomi. - Bernama