PSG sanggup 'jual' Neymar

PSG sedia 'jual' Neymar - Foto Sportsmole
PSG sedia 'jual' Neymar - Foto Sportsmole
A
A
A

GERGASI Ligue 1, Paris Saint-Germain dilaporkan sanggup ‘menjual’ penyerangnya, Neymar sekiranya menerima tawaran yang baik daripada mana-mana pasukan yang berhajat mendapatkan khidmat pemain berusia 30 tahun itu.

Menurut satu kenyataan, penyerang Brazil itu dilaporkan tidak mahu meninggalkan kelab itu, walaupun difahamkan kelab Les Parisiens dikatakan telah bersedia untuk melepaskannya dengan kadar harga yang bersesuaian.

“Kami telah bersedia untuk melepaskan Neymar musim panas nanti. Walaupun agak berat untuk kami membuat keputusan ini, tetapi ia adalah demi 'survival' kelab.

“Bagaimanapun, kami juga mahu melihat dahulu segala terma serta tawaran harga yang diletakkan oleh mana-mana pasukan," menurut kenyataan tersebut.

Untuk rekod, PSG dilaporkan bersedia melepaskan Neymar dalam usaha menangani masalah kewangan selain merancang membangunkan semula kelab.

Bagaimanapun menurut kenyataan berkenaan, segala keputusan hanya akan diputuskan oleh presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi.

Sementara itu, PSG kini dalam persiapan untuk membentuk pasukan bagi mengharungi musim baharu.

“Selain membentuk semula pasukan ini, kami juga mahu mendapatkan pengendali yang berwibawa bagi mengemudi PSG kembali ke landasan kejayaan,” ujarnya.

Untuk rekod, PSG telah memecat Mauricio Pochettino setelah pengendali tersebut gagal mengemudi Les Parisiens mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara.