Demam denggi meningkat 43.9 peratus di Johor

Jumlah kes demam denggi di negeri ini mencatatkan peningkatan sebanyak 43.9 peratus kes sejak awal tahun hingga minggu epidemiologi (ME) ke-20. - Foto 123rf
Jumlah kes demam denggi di negeri ini mencatatkan peningkatan sebanyak 43.9 peratus kes sejak awal tahun hingga minggu epidemiologi (ME) ke-20. - Foto 123rf
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah kes demam denggi di negeri ini mencatatkan peningkatan sebanyak 43.9 peratus kes sejak awal tahun hingga minggu epidemiologi (ME) ke-20.

Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, sebanyak 82 kes demam denggi dilaporkan sehingga ME ke-20 (15 Mei hingga 21 Mei) berbanding 57 kes pada minggu sebelumnya.

"Johor Bahru merupakan penyumbang utama kes denggi, iaitu sebanyak 414 kes (64 peratus), diikuti daerah Kulai, sebanyak 109 kes (16.8 peratus).

"Peningkatan ketara tahun ini dilihat khususnya di daerah Kulai, dengan peningkatan kes yang mendadak daripada 24 kes sehingga ME ke-20 kepada 109 kes dalam tempoh sama tahun ini," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut Tian Soon, peningkatan kes di Kulai dilaporkan berlaku dalam kalangan pekerja-pekerja warga asing, melibatkan penularan di asrama, tempat tinggal atau di kilang tersebut.

"Jabatan Kesihatan ingin menegaskan agar pemilik industri mengambil peranan masing-masing dalam menangani masalah ini dengan segera, khususnya untuk memastikan kebersihan premis agar bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.

"Tindakan penguatkuasaan akan diambil di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 sekiranya terdapat pembiakan Aedes," ujarnya.