Sila log masuk terlebih dahulu.

Pengarah, pemilik syarikat ditahan SPRM kemuka dokumen palsu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam pengarah dan pemilik syarikat pada Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan di utara.

Sumber SPRM memberitahu, seorang ditahan di Pejabat SPRM Kedah dan lima lagi ditahan di SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara jam 10.28 pagi hingga 5.24 petang.

Menurutnya, kesemua yang ditahan adalah lelaki berusia 38 hingga 49 tahun.

"Tindakan telah diambil oleh SPRM antaranya merakamkan percakapan saksi-saksi yang terlibat dan juga orang kena tuduh (OKT). Suruhanjaya juga turut mendapatkan dokumen-dokumen yang berkaitan.

"Semua OKT akan dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 hingga RM15,000 serta penjamin," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih lagi dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: