Caj parkir MBSA naik 20 sen sejam

SHAHRIN
SHAHRIN
A
A
A

SHAH ALAM - Caj tempat letak kereta di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) naik 20 sen dari 40 sen kepada 60 sen bermula 1 April ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, turut berlaku kenaikan caj bulanan parkir daripada RM60 kepada RM90.

Menurutnya, kenaikan kadar caj tempat kereta tersebut wajar kerana kadar lama diguna pakai sejak 21 tahun lalu.

“Kadar ini masih paling rendah berbanding pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di Selangor dan Malaysia.

Perbandingan caj tempat letak kereta yang dikenakan oleh beberapa PBT Malaysia
Perbandingan caj tempat letak kereta yang dikenakan oleh beberapa PBT Malaysia

“Walaupun kenaikan kadar tersebut bermula 1 April ini, pengguna yang masih memiliki kupon berharga 40 sen masih boleh guna kupon tersebut sehingga tamat tempoh,” katanya.

Beliau berkata, MBSA akan terus menambah baik perkhidmatan supaya lebih cekap dan efisien dalam meningkatkan lagi sistem pengangkutan di bandar raya Shah Alam.

Sebarang pertanyaan berkaitan kadar caj tempat letak kereta boleh dibuat dengan menghubungi Seksyen Pengurusan Hasil MBSA di talian 03-55222882.

Artikel Berkaitan: