X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Covid-19: 1,896 jangkitan baharu, dua kematian

Seramai 39 pesakit yang ditempatkan di ICU, 19 memerlukan bantuan alat pernafasan.
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,896 kes baharu Covid-19 berbanding Isnin 1,544 kes sekali gus menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini adalah sebanyak 4,457,679 juta kes.

Menurut data di portal CovidNow, sebanyak 22 kes merupakan kes import jangkitan dari luar negara.

Daripada kes berkenaan, terdapat dua kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 35,647 orang daripada 4,457,679 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Ketika ini sebanyak 24,940 kes aktif direkodkan dengan 23,811 individu atau 95.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 22 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sejumlah 1,075 atau 4.3 peratus lagi dirawat di hospital dengan 39 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada 39 pesakit yang ditempatkan di ICU, 19 memerlukan bantuan alat pernafasan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!