Sila log masuk terlebih dahulu.

Kaji baik, buruk benarkan penggunaan ganja

Kerajaan kena cari jalan terbaik bagi memastikan kita tidak membuat keputusan yang salah -Foto 123rf
Kerajaan kena cari jalan terbaik bagi memastikan kita tidak membuat keputusan yang salah -Foto 123rf
A
A
A

DESAKAN untuk membenarkan penggunaan ganja di negara ini semakin kuat kerana ada dakwaan mengatakan ia bagus bagi memberikan kesembuhan terhadap penyakit tertentu.

Antara dakwaan tersebut adalah rawatan ganja mampu merawat penyakit seperti sklerosis berbilang, muntah akibat rawatan kemoterapi, tekanan pascatrauma, kanser, epilepsi dan masalah usus.

Selain itu, ganja juga didakwa boleh digunakan untuk penyakit cachexia, glaukoma, HIV/AIDS, penyakit saraf, sindrom tourrete, parkinson, demensia, ketagihan, kecederaan otak trauma, skizofrenia serta masalah mental lain.

Namun, dalam satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat (AS), hanya kesakitan kronik dan sklerosis berbilang sahaja yang menunjukkan bahawa ganja mampu memberikan rawatan kepada pesakit tetapi tidak mempunyai bukti kukuh ia berkesan untuk penyakit lain.

Ketika ini, terdapat 15 negara yang membenarkan penggunaan ganja seperti Columbia, Mexico, Amerika Syarikat, Kanada, Itali, Thailand, Australia, Jerman, Afrika Selatan, Argentina, Uruguay, Equador, Cyprus, Peru dan Sepanyol.

Bagaimanapun, adakah kita juga akan mengikut jejak langkah negara berkenaan yang memberikan kebenaran terhadap penggunaan ganja?

Banyak perkara yang harus difikirkan, lebih-lebih lagi ketika ini begitu banyak kes penagih dadah yang membunuh ahli keluarga mereka sendiri dek kerana bahana dadah.

Jadi Merak Jalanan fikir, kerajaan kena cari jalan terbaik bagi memastikan kita tidak membuat keputusan yang salah, jika terbukti ganja mampu mengubati penyakit, maka memang ia perlu diberikan kebenaran untuk digunakan sebagai ubat.

Artikel Berkaitan:

Sebab itu, dalam bahasa Inggeris, ubat disebut sebagai drug kerana kalau diambil dengan preskripsi yang dibenarkan, ia dapat menyembuhkan penyakit tetapi jika ia disalahgunakan, maka ia menjadi bahan terlarang dan memberi kesan sebaliknya.