X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Junior yakin percaturan Pan Gon

Junior Eldstal
A
A

TONGGAK pertahanan negara, Junior Edstal percaya ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-Gon mempunyai percaturan yang mantap buat pasukan Malaysia bagi menghadapi kelayakan Piala Asia bulan depan.

Menurut pemain pasukan Chonburi itu, elemen 'high pressing' bakal diterapkan pada pasukan kebangsaan dalam kesemua lima perlawanan yang akan dihadapi.

“Dia ada perancangan untuk kami. Dia akan menerapkan 'high pressing game', serta telah menetapkan posisi untuk setiap pemain agar mereka bersedia sebelum turun untuk sesi latihan.

“Untuk saya buat masa ini, mungkin akan berada di bahagian belakang. Namun kalau boleh main menyerang apa salahnya,” ujarnya.

Dalam pada itu pemain berusia 30 tahun itu berkata, sebagai persiapan untuk dipilih ke pasukan kebangsaan dia telah mendapatkan khidmat jurulatih dari Australia sejak sebulan lepas untuk memastikan dirinya sentiasa cergas.

Jelas Junior, dia enggan kecederaan yang dialaminya sebelum ini membelenggu dirinya sekali gus meranapkan impian untuk mewakili negara pada pusingan kelayakan Piala Asia 2023 selepas pulih daripada kecederaan dialaminya tahun lepas.

“Saya kini boleh berada dalam pasukan negara ketika ini kerana sudah mendapatkan khidmat penolong jurulatih daripada Australia di Bangkok sebagai persediaan sebulan lepas untuk fisioterapi bagi memulihkan kecederaan.

“Saya berharap dapat membantu Pan Gon dalam kejohanan berkenaan. Tugas saya kini adalah untuk memberi 100 peratus semasa latihan sekali gus terpilih dalam untuk mewakili negara,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!