X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Polis tunggu laporan bedah siasat pelajar UUM

R Vinosiny. - Foto UUM
A
A

ALOR SETAR - Punca kematian pelajar Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok yang meninggal dunia di universiti tersebut pada Sabtu masih belum diketahui.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan semasa dihubungi pemberita berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat pelajar tersebut dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Beliau mengesahkan menerima laporan kematian R Vinosiny, 21 dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Jelasnya, polis telahpun menjalankan siasatan awal dan mendapati pelajar tersebut dipercayai mengalami serangan sawan namun masih perlu menunggu laporan kimia berhubung kematiannya.

Sementara itu, UUM menzahirkan rasa dukacitanya di atas kehilangan pelajar Semester empat itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat UUM pada Selasa, punca kematian masih belum diketahui kerana sehingga kini pihak universiti juga masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada HSB.

Menurutnya, sebagai tanda keprihatinan, pihak UUM akan membantu meringankan beban keluarga mendiang dengan menyalurkan bantuan yang bersesuaian.

"Naib Canselor dan seluruh warga UUM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!