X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

RUU ganti Ordinan Mahkamah Bumiputera 1992 dirangka

DUN Sarawak
A
A

KUCHING - Satu rang undang-undang baharu dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang bagi menggantikan Ordinan Mahkamah Bumiputera 1992 dan Kaedah-kaedah Mahkamah Bumiputera 1993.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai pada Selasa berkata, dua ordinan itu dicadang untuk dimansuhkan dan diganti dengan Ordinan Mahkamah Bumiputera yang baharu bagi mentransformasikan Mahkamah Bumiputera, untuk mengangkatnya menjadi sistem perundangan bebas yang setara dengan Mahkamah Syariah dan Sivil.

Satu kajian komprehensif untuk menentukan kerelevanan semasa Mahkamah Bumiputera Sarawak bagi memenuhi jangkaan pihak berkepentingan yang semakin meningkat pada era pendigitalan dan globalisasi hari ini, telah diterima daripada perunding pada bulan Mac lepas.

"Keputusan dan cadangan kajian itu akan dibentangkan kepada Kabinet Negeri tidak lama lagi untuk pertimbangan dan kelulusan,” katanya dalam ucapan penggulungan bagi usul ucapan terima kasih atas ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Sarawak di sini pada Selasa.

Beliau berkata, cadangan transformasi Mahkamah Bumiputera akan diusahakan dengan lebih gigih hanya selepas Ordinan Mahkamah Bumiputera yang baharu diluluskan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!