X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Program Rural Outreach STEM (PROSTEM)

A
A

Murid Sekolah Kebangsaan Seri Bayu (dari kiri) Safiyyah Zahra Muhammad Zaki, 11, Nurul Izzah Muhammad Hafiz, 11, dan Nur Izzah Syamini, 12, memerhatikan robot dihasilkan daripada lego yang dipamerkan pada majlis pelancaran Program Rural Outreach STEM (PROSTEM) di sekolah berkenaan hari ini.

Program Prostem itu dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) sebagai langkah untuk merangsangkan minat para pelajar untuk mempelajari bidang STEM.

Program tersebut merupakan sebuah program galakan minat pelajar luar bandar daripada kategori B40 terhadap bidang STEM.

Ia menyasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah rendah daripada 71 buah sekolah tajaan PERDA.

Sekolah-sekolah tersebut terletak di dalam kawasan operasi PERDA iaitu daripada daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Daerah Barat Daya. - Foto Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!