X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Jardin Pharma, EFIG jalin kerjasama pemasaran produk

Dr Maryam (dua dari kiri) dan Dr Faisal (dua dari kanan) selepas menandatangani kerjasama untuk memasarkan produk Pharma Jardin di Makkah pada 22 Mei lalu.
A
A

SYARIKAT farmaseutikal tempatan, Jardin Pharma Berhad (Jardin Pharma) telah menandatangani perjanjian dengan Elite Facilities International Group (EFIG) Saudi untuk bekerjasama dalam memasarkan produknya ke negara Kerajaan Arab Saudi (KSA), Negara-Negara Arab Teluk (GCC) dan negara Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

Jardin Pharma dalam satu kenyataan berkata, perjanjian itu telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jardin Pharma, Dr Maryam Aziz yang mewakili syarikat itu manakala Ketua Pegawai Eksekutif EFIG Saudi, Dr Faisal Ghabra mewakili EFIG yang diadakan di Jeddah, Makkah pada 22 Mei lalu.

"Kami menyasarkan produk Jardin Pharma akan memasuki pasaran terlibat pada penghujung tahun 2022 atau selewat-lewatnya suku pertama 2023," jelas kenyataan itu pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, Jardin Pharma merupakan syarikat farmaseutikal 100 peratus milik bumiputera yang ditubuhkan pada Jun 2021 dengan objektif penubuhan bagi menghasilkan ubat-ubatan yang novel serta halal, berasaskan bahan-bahan alami (Halal Eco Pharmaceutical product).

"Jardin Pharma mempunyai kilang kosmetik yang telah mendapat pengiktirafan GMP serta sebuah kilang mendapat pensijilan ISO 13485 (MDA- Medical Device Authority).

"Jardin Pharma juga mempunyai anak syarikat di bawah skim anak angkat (SAA) Kementerian Kesihatan Malaysia yang membekal ubatan galenical kepada kementerian itu," kata kenyataan itu.

Maryam Aziz juga merupakan pengasas syarikat berasaskan penjagaan dan kecantikan kulit sejak 2016.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!