X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Pegawai tentera Ukraine dedah percubaan bunuh Putin tidak berjaya

Vladimir Putin - Foto AFP
A
A

KIEV - [DIKEMAS KINI] Presiden Rusia, Vladimir Putin terselamat dalam satu percubaan membunuhnya kira-kira dua bulan lalu, kata seorang pegawai kanan tentera Ukraine pada Isnin.

Pegawai kanan tentera itu, Mejar Jeneral Kyrylo Budanov yang juga Ketua Perisikan Pertahanan Ukraine berkata, percubaan yang tidak berjaya tersebut berlaku di Caucasus selepas Rusia menyerang negara itu pada 24 Februari lalu.

Budanov memberitahu akhbar Ukraine, Ukrainska Pravda bahawa terdapat percubaan untuk membunuh Putin pada Mac lalu.

Kenyataan Budanov itu turut disiarkan dalam bahasa Inggeris.

Budanov dilaporkan berkata bahawa usaha untuk membunuh Putin dan ia merupakan percubaan yang tidak berjaya tetapi kejadian tersebut benar-benar berlaku.

Menurutnya, Putin diserang dalam percubaan untuk membunuhnya.

Caucasus juga dikenali sebagai Caucasia ialah sebuah wilayah yang terletak antara Laut Hitam dan Laut Kaspia dan terdiri daripada Armenia, Azerbaijan, Georgia dan sebahagian daripada selatan Rusia.

"Tiada publisiti mengenai kejadian itu tetapi ia berlaku," ujar Budanov.

Dakwaan yang tidak dapat disahkan itu dibuat di tengah-tengah laporan bahawa Putin, 69, telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cecair dari perut kerana tahap kesihatannya dikatakan merosot baru-baru ini. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!