X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Belanda catat enam kes cacar monyet, tiga di Mahgribi

Belanda catat enam kes cacar monyet dan tiga kes di Mahgribi. - Gambar hiasan
A
A

THE HAGUE - Bilangan kes cacar monyet yang menjangkiti manusia meningkat kepada enam di Belanda, umum Institut Kesihatan Awam dan Alam Sekitar (RIVM) pada Isnin.

Kes pertama disahkan pada Jumaat lepas, lapor Xinhua.

"Sebahagian kes melibatkan pengunjung yang menghadiri festival Darkland di Belgium dan terdiri daripada lelaki yang mengadakan hubungan sejenis," menurut RIVM.

RIVM meminta kontak rapat untuk melakukan kuarantin kendiri dan vaksinasi hanya akan ditawarkan di Perkhidmatan Kesihatan Perbandaran kepada mereka yang berisiko tinggi dijangkiti.

Sementara itu, Maghribi pada Isnin turut mengesan tiga kes yang disyaki melibatkan jangkitan cacar monyet.

Ketiga-tiga kes itu kini dalam pemantauan dan pesakit berada dalam keadaan sihat serta telah melalui analisis perubatan, menurut Kementerian Kesihatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini telah mengesahkan kes cacar monyet di 12 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Britain, Sepanyol, Portugal, Jerman, Belgium, Itali, Belanda, Perancis dan Sweden.

Kes berkenaan tidak termasuk 21 negara di benua Afrika yang penyakit itu sudah pun dianggap endemik. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!