Bunga Kantan Flakes

No Image Caption
A
A
A
Produk Bunga Kantan Flakes yang dihasilkan kumpulan penyelidik UniSZA yang diketuai Dr Nor Asiah Muhamad Nor dari Fakulti Sains Kesihatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kolaborasi Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian memenangi anugerah 'Grand Award' menerusi Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI) 2022 di UniSZA di sini.

Produk 'Bunga Kantan Flakes' yang dihasilkan mengambil masa lebih lima tahun untuk menyiapkan produk yang mampu mengurangkan paras gula dalam darah itu.

Tiga lagi ahli kumpulan ialah Dr Liza Noordin dari Pusat Pengajian Sains Perubatan USM; Dr Nor Hidayah Abu Bakar dari Fakulti Perubatan UniSZA dan Prof Madya Wan Amir Nizam Wan Ahmad yang merupakan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM.

Idea untuk menghasilkan produk daripada tumbuhan tersebut timbul apabila melihat skop penggunaannya yang terhad kepada masakan semata-mata.

Banyak kajian seperti 'toxicidity study' dan 'antidiabetic study' yang dijalankan dan ia memakan masa bertahun sebelum dapat dibuktikan secara saintifik
Artikel Berkaitan:


Selain mampu mengurangkan paras gula dalam darah, kajian juga mendapati pengambilan produk itu secara berterusan dan konsisten dapat membantu mengurangkan berat badan.

Produk tersebut boleh diambil oleh pesakit diabetik atau orang normal sebagai 'food enhancer', bahan dalam masakan atau penyediaan teh serta jus minuman. - Foto Bernama