X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung.
A
A

NIBONG TEBAL - Tapak pelupusan sampah di Jalan Pulau Burung, di sini kembali menjadi tumpuan pasukan bomba dan penyelamat selepas terbakar lagi pada malam Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu kira-kira jam 10.34 malam sebelum beberapa pasukan bomba dari Balai Nibong Tebal dan Sungai Bakap bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kebakaran melibatkan tapak pelupusan sampah dengan anggaran keluasan 60.96 x 60.96 meter persegi.

"Tindakan awal anggota membuat pemadaman dan pengawalan dengan membuat 'fire break' menggunakan bantuan dari jengkaut bagi mengelakkan api merebak lebih luas.

"Operasi pemadaman turut dibantu balai bomba dan pasukan bomba sukarela yang berdekatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tindakan awal anggota membuat pemadaman dan pengawalan dengan membuat 'fire break' menggunakan bantuan dari jengkaut bagi mengelakkan api merebak lebih luas.
Tindakan awal anggota membuat pemadaman dan pengawalan dengan membuat 'fire break' menggunakan bantuan dari jengkaut bagi mengelakkan api merebak lebih luas.

Beliau berkata, tiada mangsa yang terlibat dan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman kebakaran masih dilakukan.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Jalan Byram di sini terbakar kira-kira jam 5 petang, 10 Januari lalu membabitkan kawasan seluas lebih 8,000 meter persegi.

Berikutan itu, tapak pelupusan sampah Pulau Burung diisytiharkan sebagai kawasan bencana Tahap 1 berdasarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas kawasan kebakaran di situ mencemari kawasan sekitar dan berisiko terhadap kesihatan.

Akibat kejadian itu juga, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah dan SK Bakap Indah bagi memindahkan penduduk Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru, di sini yang berdepan masalah pencemaran udara.

Dilaporkan kira-kira 400 penduduk yang tinggal berhampiran tapak pelupusan sampah Pulau Burung dipindahkan ke dua PPS berkenaan selain ada menumpang di rumah ahli keluarga mereka.

Kebakaran di tapak pelupusan sampah itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 31 Januari iaitu selepas 20 hari terbakar.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!