Kabinet setuju AP gandum dibatalkan

Mesyuarat kabinet pada Isnin bersetuju agar lesen import (AP) gandum dibatalkan.
Mesyuarat kabinet pada Isnin bersetuju agar lesen import (AP) gandum dibatalkan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kabinet pada Isnin bersetuju agar lesen import (AP) gandum dibatalkan susulan daripada pengumuman kerajaan sebelum ini berkaitan pemansuhan AP bahan makanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua kementerian diminta menyenaraikan AP bagi barangan lain yang boleh dimansuhkan untuk menjaga kepentingan pengguna.

"Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjejaskan kehidupan rakyat.

"Sehubungan itu, saya memohon agar Keluarga Malaysia menyokong tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan ini demi menjaga kepentingan rakyat yang terhimpit dengan peningkatan harga dan kos sara hidup serta kekurangan bekalan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ismail Sabri minggu lalu menyatakan bahawa kerajaan bersetuju memansuhkan keperluan AP terhadap bahan makanan berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, keputusan itu dibuat pada mesyuarat kabinet yang dipengerusikannya bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.