X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Cuaca panas melampau di India turut jejaskan populasi burung

Gelombang haba melampau yang melanda India sejak beberapa minggu lalu turut menjejaskan populasi burung. - Gambar hiasan 123rf
A
A

NEW DELHI - Gelombang haba melampau yang melanda India sejak beberapa minggu lalu turut menjejaskan populasi burung menyaksikan di kebanyakan tempat burung ‘jatuh’ ke tanah akibat 'keletihan dan strok haba.'

Sejak awal musim panas melanda pada Mac, beberapa kawasan di India mengalami gelombang haba melampau dengan suhu mencecah hampir 50 darjah Celsius di beberapa tempat di New Delhi dan Uttar Pradesh.

Jabatan Meteorologi India (IMD) baru-baru ini memaklumkan, suhu yang dicatatkan pada Mac itu adalah paling tinggi pernah direkodkan dalam tempoh 122 tahun.

Petugas kanan di hospital haiwan Jivdaya Charitable Trust di Gujarat, Sanjay Patel memberitahu Agensi Anadolu berlaku peningkatan mendadak untuk menyelamatkan burung.

Jumlah itu meningkat kepada 90-100 ekor setiap hari berbanding 25-30 ekor sebelum ini.

Suhu di kebanyakan kawasan kekal melebihi 40 darjah Celsius (104 darjah Fahrenheit).

Keadaan sama turut berlaku di negeri lain termasuk Rajasthan dan New Delhi.

Petugas Animal Aid Unlimited di bandar Udaipur, Rajasthan Raj Kishore berkata burung menghadapi banyak kesukaran, termasuk dehidrasi, menyebabkan banyak burung mati termasuk anak burung. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!