X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Mayat nelayan hilang ditemukan terapung

Mayat T Razali dibawa ke jeti Maritim Terengganu selepas ditemui pada Isnin. Foto: Maritim
A
A

KUALA TERENGGANU - Selepas seminggu, jasad T Razali Wok, 74, nelayan yang hilang di perairan Chendering pada 16 Mei lalu akhirnya ditemukan pada Isnin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, mayat mangsa ditemukan oleh nelayan tempatan pada waktu pagi.

"Kita mendapat makluman daripada nelayan tempatan mengenai penemuan objek terapung dipercayai mangsa yang hilang pada kedudukan 28 batu nautika timur Kuala Terengganu.

"Maritim Terengganu bersama MRSC Kuantan telah menggerakkan bot Pengawal 16 bagi membawa mangsa ke jeti Maritim Negeri Terengganu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan T Razali dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh ke laut ketika dalam perjalanan pulang selepas mencandat sotong kira-kira jam 5.30 pagi.

Ketika kejadian, mangsa bersama tiga nelayan lain termasuk tekong bot dalam perjalanan ke pangkalan sebelum dipercayai terjatuh pada kedudukan empat batu nautika dari Kuala Chendering di sini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!