Kaki tersepit dalam mangkuk tandas

Kaki wanita yang tersepit di dalam mangkuk tandas. - Foto Ihsan Bomba
Kaki wanita yang tersepit di dalam mangkuk tandas. - Foto Ihsan Bomba
A
A
A

TEMERLOH - Seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan kira-kira sejam sebelum diselamatkan oleh anggota bomba selepas kakinya tersepit di dalam mangkuk tandas, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa yang berumur 30-an dari Taman Temerloh Jaya itu dipercayai tergelincir di dalam tandas.

Ketua Balai dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Hasnuddin Husin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.32 pagi tadi.

Menurutnya,sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kaki wanita itu tersepit dalam mangkuk tandas berkenaan.

"Anggota operasi menggunakan peralatan paratech dan mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat sejam kemudian," katanya.

Artikel Berkaitan: