X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Wartawan ejen perubahan terbesar negara

Bachtiar
A
A

SHAH ALAM - Wartawan merupakan ejen terbesar dalam melakukan perubahan ke arah kebaikan negara dengan memberikan maklumat yang benar selain melaporkan berita yang tidak diketahui kepada pemimpin dan masyarakat.

Ulama dari Indonesia, Bachtiar Nasir berkata, golongan penyampai iaitu wartawan perlu menjadikan burung hud-hud sebagai contoh dalam melaporkan sebarang kejadian yang berlaku semasa pemerintahan Nabi Sulaiman.

“Para 'wartawan' yang mencari segala informasi pada zaman Nabi Sulaiman adalah burung hud-hud. Nabi Sulaiman sendiri tidak tentu mampu mendapatkan informasi sebagaimana yang hud-hud dapat.

“Mereka akan terbang mencari informasi dan melaporkan segalanya kepada Nabi Sulaiman. Burung ini membawakan berita yang penting dan diyakini kebenarannya,” katanya semasa sesi Santapan Jiwa Istimewa yang diadakan di Kumpulan Media Karangkraf pada Isnin.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Bachtiar (empat dari kiri) bersama, Hussamuddin (tiga dari kiri) dan tetamu yang hadir bergambar pada sesi Santapan Jiwa Istimewa di Karangkraf pada Isnin.
Bachtiar (empat dari kiri) bersama, Hussamuddin (tiga dari kiri) dan tetamu yang hadir bergambar pada sesi Santapan Jiwa Istimewa di Karangkraf pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, wartawan seharusnya memberikan informasi yang benar dan tepat sahaja kepada para pemimpin dan rakyat tanpa sebarang penipuan dalam melaporkan sesuatu.

“Sebagai jurnalis, Jika salah dalam memberikan laporan, maka ia akan menyebabkan kehancuran. Jika informasi tersebut benar, maka akan berlaku perubahan ke arah kebaikan.

“Untuk menjadi wartawan, anda tidak boleh berjauhan bersama pemimpin bagi memberikan laporan terhadap kejadian yang berlaku selain memberikan informasi yang tepat.

Antara tetamu yang hadir semasa sesi Santapan Jiwa Istimewa di Karangkraf pada Isnin.
Antara tetamu yang hadir semasa sesi Santapan Jiwa Istimewa di Karangkraf pada Isnin.

“Kalau tidak boleh bawa maklumat yang betul-betul benar, maka risiko menjadi wartawan di hadapan ALLAH amat berat,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, wartawan perlu sentiasa berdamping bersama al-Quran kerana ia memberikan impak yang besar terhadap penulisan yang disampaikan.

“Wartawan yang banyak membaca al-Quran ini, informasi yang ditulis bukan sahaja benar tetapi ia membersihkan maklumat yang jahat, kotor dan menyimpang," jelasnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!