X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Covid-19: Hanya pekerja kesihatan boleh tuntut pampasan Perkeso

Hanya pekerja berkaitan sektor kesihatan yang masih boleh membuat permohonan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sekiranya didapati positif Covid-19.
A
A

KUANTAN - Hanya pekerja berkaitan sektor kesihatan yang masih boleh membuat permohonan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sekiranya didapati positif Covid-19.

Pengarah Perkeso Pahang, Tarmizi Mukhtar berkata, keputusan itu diumumkan pihak ibu pejabat Perkeso dalam satu kenyataan pada 3 April lalu.

Bagaimanapun menurutnya, bagi sektor lain, mereka hanya boleh mengemukakan tuntutan faedah hilang upaya sementara (HUS) melalui majikan kepada Perkeso.

"Bila berlaku peralihan fasa pandemik dan endemik, pembayaran pampasan tidak lagi dibuat kepada semua sektor pekerjaan seperti sebelum ini.

"Jadi, hanya (pekerjaan) membabitkan sektor kesihatan seperti pekerja pembersihan, makmal, farmasi dan berkaitan masih dibenarkan mengemukakan tuntutan kepada pihak kita," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau menjelaskan, tuntutan pekerja dari sektor lain masih boleh dikemukakan dan diproses jika mereka disahkan positif sebelum 1 April.

Katanya, proses tuntutan berkenaan akan diproses sebagai Bencana Kerja.

"Sejak dilaksanakan pada Februari tahun lalu, kita menerima kira-kira 133,000 permohonan tuntutan faedah Covid-19 membabitkan pekerja tempatan dan asing.

"Sehingga Mac lalu, sebanyak RM133 juta sudah dibayar kepada pencarum yang layak," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!