Rangnick lega United sahkan slot ke Liga Europa

Ralf Rangnick - Foto AFP
Ralf Rangnick - Foto AFP
A
A
A

PENGURUS sementara Manchester United, Ralf Rangnick nyata lega selepas pasukannya berjaya mengesahkan slot ke Liga Europa musim depan meskipun tewas 0-1 menentang Crystal Palace di Selhurst Park awal pagi tadi.

Malah jurulatih kelahiran Jerman itu turut berterima kasih kepada pasukan Brighton yang berjaya membantu mereka selepas menewaskan pencabar terdekat, West Ham yang hanya dibezakan dengan satu mata.

“Saya rasa Brighton membantu kami untuk layak ke Liga Europa walaupun mereka ketinggalan ketika rehat. Mereka meledak tiga kali di babak kedua dan ia satu keputusan yang baik buat kami.

“Ia satu pengalaman yang baharu buat saya sebagai pengendali sementara United.

"Ia sangat malang buat saya apabila tidak berada di sini pada pra musim sebelum ini selain tidak dapat banyak membantu untuk memperkuatkan skuad yang ada,” katanya.

Sebelum ini, Rangnick menamatkan tugasnya sebagai pengendali sementara United dengan mengesahkan tempat di tangga keenam liga.

United kecundang menerusi jaringan bekas penyerang mereka Wilfried Zaha pada aksi di Selhurst Park yang turut disaksikan pengendali baharu mereka Erik ten Hag.