Izzah perlu terus berani!

Nurul Izzah
Nurul Izzah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mahu Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar Ibrahim kekal berani selepas dikritik susulan kritikannya terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zaid menerusi ciapan di Twitternya juga berkata bahawa usaha untuk menghalang bapa Nurul Izzah iaitu Presdien PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri kelapan tidak akan berjaya.

“Bergembira dan terus berani Nurul (Izzah). Semua usaha untuk menghalang langkah bapa kamu tidak akan berjaya,” ciapnya, hari ini.

Jumaat lalu, Nurul Izzah dalam wawancara dengan akhbar Singapura, The Straits Times, menyifatkan Dr mahathir sebagai bekas diktator dan mengakui sukar bekerja dengan Pengerusi PH itu.

Nurul Izzah pada sidang medianya semalam di Parlimen mempertahankan label ‘bekas diktator’ yang merujuk kepada Dr Mahathir yang pernah digunakannya sebelum ini.

Beliau menegaskan gelaran bekas diktator pernah digunakannya sebelum PRU14, malah termasuk semasa ucapannya dalam demonstrasi Bersih 3.0 dan Bersih 4.0

Anwar pula menjelaskan, Nurul Izzah layak memberikan pandangan terhadap kepimpinan kerajaan berdasarkan apa yang dilalui anak sulungnya itu selama dua dekad sebelum ini.

Artikel Berkaitan: