X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Polis nafi anggota salah guna kuasa

Polis menafikan anggotanya menyalah guna kuasa ketika menahan orang awam di sebuah gerai makan di Jalan Cheras Utama, Kuala Lumpur pada Sabtu. - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menafikan anggotanya menyalah guna kuasa ketika menahan orang awam di sebuah gerai makan di Jalan Cheras Utama di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya terkesan satu hantaran di aplikasi Twitter yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun mendakwa anggota polis menyalah guna kuasa.

"Semakan mendapati anggota Balai Polis Cheras sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah mengesan seorang lelaki disyaki membeli nombor ekor haram dalam talian dengan menggunakan aplikasi WhatsApp pada jam 2.30 petang.

"Ketika pihak polis mahu memeriksa telefon bimbit secara terperinci, individu tersebut tidak memberi kerjasama dan beredar dari tempat tersebut dengan menaiki kereta ke rumah saudaranya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Muhammad Idzam berkata, anggota polis telah maklum dan meminta bantuan Ketua Balai Polis Cheras.

"Pegawai polis yang hadir ke rumah tersebut telah menerangkan tujuan dan membawa individu berkenaan ke Balai Polis Cheras untuk siasatan lanjut," katanya.

Muhammad Idzam berkata, hasil pemeriksaan ke atas telefon bimbit individu tersebut mendapati aplikasi WhatsApp telah dinyah pasang menyebabkan bukti berkaitan pembelian nombor ekor haram dalam talian tidak dapat diperolehi.

"Setelah selesai proses dokumentasi, individu tersebut telah dibebaskan tanpa syarat dan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini," ujarnya.

Muhammad Idzam berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam.

"Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!