X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Maritim tahan bot, 15 nelayan Vietnam ceroboh perairan

Bot nelayan Vietnam yang ditahan Maritim Malaysia pada jam 3 petang Sabtu di 100 batu nautika dari Kuala Terengganu.
A
A

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama 15 kru kerana menceroboh perairan negara pada Sabtu.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, bot berkenaan ditahan pada jam 3 petang di kedudukan 100 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Menurutnya, bot nelayan asing tersebut ditahan oleh aset Maritim Malaysia dalam rondaan operasi penguatkuasaan bersepadu Op Naga Barat dan Op Khas Kuda Laut di kawasan terbabit.

"Pemeriksaan terhadap 15 kru termasuk tekong bot yang merupakan warga Vietnam berumur antara 20 hingga 50 tahun juga gagal menunjukkan pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Muhammad Suffi berkata, pihaknya turut merampas peralatan menangkap ikan, hasil laut pelbagai jenis dianggarkan seberat 700 kilogram dan bekalan diesel kira-kira 1,000 liter yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta.

Katanya, bot dan kesemua kru yang ditahan dibawa ke Jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut.

"Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/1963 kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!