X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Covid-19: Lebih 2.9 juta remaja lengkap divaksin

Sebanyak 31.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap setakat Ahad.Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,119,411 atau 31.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat Ahad.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 1,676,457 atau 47.2 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,909,585 atau 93.5 peratus telah lengkap divaskin, manakala 3,006,147 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 16,080,331 atau 68.3 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,972,728 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,248,752 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 13,706 dos harian telah diberikan semalam, terdiri daripada 1,264 suntikan penggalak, 7,377 dos kedua dan 5,065 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 70,799,796.

Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat Covid-19 semalam dengan masing-masing satu direkodkan di Selangor dan Kedah. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!