X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Covid-19: 1,817 kes baharu, tiga kematian

Sebanyak 1,817 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan hanya tiga daripadanya merupakan kes import manakala selebihnya adalah kes tempatan. - Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,817 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan hanya tiga daripadanya merupakan kes import manakala selebihnya adalah kes tempatan.

Perkembangan itu menjadikan kes keseluruhan jangkitan wabak itu di dalam negara sebanyak 4,491,320 dengan kes aktif dicatatkan setakat Ahad adalah 26,511.

Daripada jumlah tersebut, portal CovidNow melaporkan sebanyak 25,366 pesakit Covid-19 atau 95.7 peratus merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 18 pesakit (0.1) berada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,087 pula (4.1 peratus) ditempatkan di hospital.

Data itu turut menunjukkan sejumlah 40 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 23 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kadar penggunaan katil di hospital seluruh negara setakat Ahad ialah 61.4 peratus dengan tiga negeri yang merekodkan kadar tertinggi ialah Melaka (77.4 peratus), Johor (75.3 peratus) dan Selangor (71.3 peratus)

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan pada Ahad pula ialah sebanyak 3,389 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh wabak tersebut di dalam negara kepada 4,429,166.

Pada masa sama, negara merekodkan tiga kematian baharu pada Ahad dengan satu daripadanya adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kepada 43,200.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!